Eka Sharif Bakal Tamat Zaman Bujang?

NAMA Eka Sharif mungkin jarang-jarang didengari di corong-corong radio. Tetapi namanya menjadi amat popular di dalam aplikasi nyanyian, Smule.
Seperti Khai Bahar yang memulakan karier nyanyiannya menerusi Smule, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) ini juga menempa nama di platform yang sama.

Namun, baru-baru ini, pemilik nama sebenar Nur Atiqah Shariffudin ini seakan-akan memberi hint kepada para pengikutnya apabila memuat naik satu foto yang menunjukkan fail kursus pra-perkahwinan.

Apa yang mengejutkan, namanya tertera di fail tersebut. Adakah foto itu sebagai tanda bahawa Ratu Smule Malaysia ini bakal menamatkan zaman bujangnya?

Eka turut memuat naik satu video pendek menerusi aplikasi InstaStory yang menunjukkan dirinya lengkap bertudung dan berbaju kurung.

Orang kata, jika sudah pergi ke kursus perkahwinan tu, tandanya individu tersebut bakal berkahwin tidak lama lagi lah maknanya,kan?

Takkanlah pergi saja-saja teman kawan!

Dalam pada itu, Eka kini sedang giat memperomosikan single terbarunya yang berjudul Sepenuh Jiwa.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Puyu dan Razif yang juga gitaris Projector Band.

Nampaknya tuah berpihak kepada Eka apabila ahli kumpulan yang popular dengan lagu Sudah Ku Tahu itu menghadiahkan lagu Sepenuh Jiwa kepadanya.

Sebelum ini, Eka menjadi sebutan di Smule apabila berjaya mencuri tumpuan netizen dengan video covernya menerusi lagu Sudah Ku Tahu.

Jika benar penyanyi 27 tahun ini bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat, kami ucapkan tahniah!

Leave a reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.