Video guru diserang dua lelaki tular

BACHOK – Rakaman video seorang guru ‘diserang’ dua lelaki dalam kawasan sekolah di sini tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp malam tadi.

Video berdurasi 3 minit 31 saat itu menampakkan dua lelaki memarahi guru terbabit.

Dua lelaki itu dikatakan saudara kepada pelajar sekolah berkenaan yang dikenakan tindakan gantung sekolah.

Guru terbabit diminta keluar dari pagar sekolah tetapi enggan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kes itu sedang diteliti dan dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah di Gunong.

Leave a reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.