Ibu Terlepas Pandang Seketika, Tiga Bersepupu Maut Terperangkap Dalam Peti Sejuk

AMERIKA SYARIKAT: Tiga orang kanak-kanak ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila terperangkap di dalam peti sejuk terbiar yang diletakkan di luar rumah mereka.

Ketika kejadian, mangsa yang masing-masing berumur 1, 4 dan 6 tahun sedang bermain di kawasan lapang halaman rumah mereka sebelum terlihat peti sejuk beku tersebut.

Ibu kepada salah seorang kanak-kanak tersebut berada di kawasan yang sama bagi mengawasi tiga bersepupu itu sebelum masuk ke tandas.

Tetapi, sebaik sahaja dia keluar dari rumah, didapati kanak-kanak tersebut hilang dari kawasan itu.

Wanita tersebut bersama beberapa keluarga yang lain keluar mencari kesemua mangsa sehingga menemui mayat mereka terperangkap di dalam peti sejuk beku itu.

Menurut laporan, kesemua mangsa memanjat peti sejuk beku tersebut sebelum menutup pintunya dan terperangkap hingga lemas di dalam.

Mangsa di kejarkan ke hospital berdekatan tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan kini kes ini masih menunggu keputusan siasatan .

Sumber: The Washington Post

Leave a reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.